Friday, 23 December 2016

Sabarlah duhai hati...


"Inara, I nak bagitahu U yang I dah selamat bersalin 2 minggu lepas.. Alhamdulillah Abang Ejaz jaga I sepanjang dalam pantang ni elokkkkk sangat… rasa macam bidadari dalam syurga dilayan macam tuan puteri. Makan, minum, mandi semua Abang Ejaz yang uruskan, perfect sangat", kata Warda di hujung telefon.

Balas Inara, " Wah, untungla U Warda dapat Ejaz yang sangat sayangkan U. Top to toe dia jaga elok. "

"Baby tengah buat apa tu? Senyap je. I tak dengar pun suara dia." tanya Inara yang rindukan bau baby. Jauh disudut hati Inara, dia merindukan kandungannya yang pernah keguguran setahun yang lepas. Cuba dibuang rasa rindu itu, tapi makin ditepis makin bertalu talu rasa itu hadir lagi. Tapi dia masih bersyukur, kerana anak sulungnya Nayli adalah pengubat segala duka. Kelahiran Nayli 2 tahun sebelum keguguran adalah satu anugerah yang sangat bernilai.

"Lamanya U on the phone. Nak mengadu apa kat Inara tu?" kedengaran suara gurau Ejaz dari arah pintu bilik air sambil mengerling ke arah Warda.

Ejaz baru je selesai membersihkan diri setelah seharian menguruskan Warda dan Wafiyya Efira. Dia perlu persiapkan segala kelengkapan kerana mulai esok dia akan mula bertugas seperti biasa. Destinasi penerbangan pertamanya esok adalah ke Melbourne. Perjalanan selama 8 jam menuntut Ejaz untuk mendapat rehat secukupnya sebelum mengemudi pesawat Airbus 330.

Warda menoleh ke arah Ejaz sambil tersenyum. Kelihatan sederet giginya yang tersusun rapi. Sesekali Warda menghadiahkan flying kiss kepada suaminya. Mengenangkan betapa besar kasih sayang yang telah Ejaz berikan kepadanya dan Wafiyya membuatkan dia rasa setiap saat adalah sangat berharga untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja.

"Inara, I nak mengadu dekat U ni. I dah tak tahu nak tanya siapa lagi. Even Ejaz pun tak boleh nak tolong I. I rasa U je boleh tolong I. Please."

Lantas Ejaz menoleh ke arah Warda. "Apa lagi yang tak kena dengan isteri aku ni?" tanya Ejaz dalam hati. Termenung Ejaz seketika mengingatkan kembali masih adakah tanggungjawabnya yang masih belum diselesaikan. Tempoh berurut dah hampir tamat, tinggal urut penutup berpantang je hari ke 44 nanti. Supplement semua dah bagi makan tepat waktu. Wafiyya pun ok je sihat walafiat. Takde masalah demam kuning. Berkerut dahi Ejaz cuba mengingatkan kembali perkara yang belum dia lakukan.

Bergegas Ejaz datang menghampiri Warda yang sedang separa duduk di atas katil sambil berlunjur kaki." Kenapa?" , soal Ejaz pendek dengan nada berbisik. Kelihatan wajah gusar Ejaz. Risau kalau kalau Warda tak berpuas hati dengan layanannya selama ini.

Warda hanya membalas dengan senyuman manis sambil menggeleng. Jari mulusnya singgah ke bibir Ejaz mengisyaratkan tanda diam.

Lega hati Ejaz. Segala yang bermain difikirannya tadi seolah disentap pergi keluar dari pembuluh darahnya yang sedang menggila mengalir.

"Inara, boleh bagitahu I something?" Warda menyambung perbualannya.

" Apa dia?", kedengaran suara Inara agak bimbang di hujung talian. Dengan keadaan Warda yang masih berpantang, dia tidak mahu sebarang masalah difikirkan oleh sahabat baiknya itu.

"U tahu kan next month I dah nak masuk kerja. Jadual I sangat pack dari pagi sampai ke petang. Kadang kadang I kena pergi site visit berjam jam dekat luar. " sambung Warda.

" I risau sebab sampai sekarang I still tak dapat simpan stok susu untuk Wafiyya. I risau sangat ni. Tolong I, please. " sambung Warda. Kedengaran suaranya terlalu sedih dan penuh pengharapan.

" U dah try supplement untuk tambah susu? Try minta Ejaz belikan. Farmasi pun ada jual juga selain di online. U dah pernah try coklat tambah susu?Susu Kambing?" Inara berusaha untuk bagi idea kepada Warda.

Sayu hatinya kerana dia pun satu ketika dulu pernah mengalami masalah yang sama. Berbulan bulan lamanya dia berusaha mengamalkan pelbagai petua tapi masih tidak berhasil menyediakan stok susu untuk Nayli. Sehinggalah bertemu dengan coklat ini.

"Coklat apa tu? Baby macam tak puas menyusu la. Bila I cuba pam pun tak banyak yang dapat. Nak dapat 1 oz pun susah tau." mengadu Warda. Dia cuba untuk menyembunyikan kesedihan yang sedang menyelubungi hatinya.

Cepat cepat diseka air mata yang mengalir. Warda tidak mahu Ejaz melihatnya dalam keadaan bersedih. Kebetulan Ejaz sedang berjalan ke arah almari pakaian Wafiyya. Menyusun kemas pakaian Wafiyya yang telah dilipat petang tadi. .

" U janganlah sedih. Takpe U try dulu. Sedap tau coklat tu. U mesti kagum macam mana hanya dengan beberapa biji coklat boleh banyakkan supply susu U. I pernah try masa lepas bersalin Nayli haritu. One day my husband bawa balik sekotak coklat ni, then malam tu I try makan 2 biji. Sedap coklat tu tau, rasanya kurang manis dan ada almond hancur dalam tu. Bila I gigit je I dapat rasa coklat perasa mangga. So delicious. Sampai sekarang I teringat ingat rasa sedap coklat tu." jelas Inara panjang lebar sambil memejam mata cuba membayangkan rasa coklat yang pernah dia rasa dulu. Telan air liur dibuatnya.

Saat itu juga Inara membayangkan dia sedang menikmati sebiji coklat tanpa gangguan. Sebab seringkali dia masuk ke dapur untuk mengambil coklat yang satu ni, Johan pasti akan turut "menyeludup masuk" ke mulutnya.

" I makan dalam 2 hari je, then supply susu dah makin banyak tau. Masa tu I happy sangat sampai rasa nak menangis. Sepanjang 5 bulan lepas bersalin I tak pernah cukup sediakan stok susu untuk Nayli. Tiba tiba lepas 2 hari I makan coklat tu, I dapat collect 5 oz setiap pumping session." jelas Inara panjang lebar. Terpancar kegembiraannya melalui susunan tutur kata yang dia lontarkan.

"Seriously? I nak try la. Kat mana I nak beli coklat tu,Inara? " tanya Warda penuh bersemangat.

Ejaz yang dari tadi memangku sambil mengagah Wafiyya terus menoleh ke arah Warda. Berkerut seribu dahinya.

" Apa lagi la yang Warda ni nak? Malam malam buta ni mana nak cari coklat? Jangan macam macam. " ujar Ejaz di dalam hati. Sudahlah awal pagi esok dia perlu bergerak ke airport.

" Ok Warda, U whatsapp no ni. Nanti kakak tu boleh hantar kat U. 010 201 0706. I doakan susu U cukup untuk Wafiyya. Dah la U pergi tidurlah. U kena banyak rehat, okay? Kirim salam I kat Ejaz.", Inara mengakhirkan perbualan mereka malam itu dengan ucapan rindu dan sayang buat Wafiyya.

Warda memandang Ejaz, terpancar kegembiraan di wajahnya kerana telah temui penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi.

"Misi menyusukan Wafiyya sehingga 2 tahun harus diteruskan. Chaiyok." bisik hatinya. Secara jujurnya dia merasakan semangatnya yang pudar kini kembali pulih. Warda membayangkan Wafiyya membesar dengan sihat dan cergas berkat penyusuan susu ibu. InshaaAllah.


13 PETUA MEMBANYAKKAN SUSU BADAN TANPA UBAT UBATAN :

1. SUPPLY vs DEMAND

Kerapkan mengepam dan menyusu bayi secara direct. Sebab konsep penghasilan susu ibu ini adalah " SUPPLY vs DEMAND".

Jadi, lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu dapat dihasilkan. Boleh faham kan?

2. JANGAN CAMPUR SUSU

Baby ni pandai juga merasa tau, walaupun dia baru je merasai nikmat dunia. Bila baby dah dicampur dengan susu formula, baby akan cepat kenyang dan tak mahu untuk merasai susu yang berbeza. Jadi baby akan kurang minta susu ibu.

Maka, supply susu akan makin berkurang disebabkan demand yang makin berkurang.

So ibu ibu, kena fikir banyak kali la sebelum nak campur susu ye.

3. JANGAN BIARKAN BABY LAPAR

Mula bagi susu pada baby once baby dah menunjukkan signal lapar. Kerapkan menyusu kerana lebih kerap menyusu lebih banyak susu dapat dihasilkan.

Jangan biarkan baby terlalu lapar baru nak bagi susu kerana bila baby dah merajuk, agak sukar untuk dipujuk.. hihihi

4. BABY BUKA MULUT YANG LUAS SEMASA MENYUSU

Pastikan baby menelan susu kerana sekiranya baby tidak menelan susu ada kemungkinan baby tidak dapat menghisap susu.

Kemungkinan perlekapan mulut baby tidak betul pada payudara ataupun bayi tidak pandai menghisap.

5. PENGGUNAAN BOTOL SUSU ATAU PUTING TIRUAN.

Bayi yang terbiasa diberi botol susu atau puting tiruan akan mengalami masalah "kekeliruan puting" sehingga menyebabkan baby tidak mahu menyusu secara direct dengan ibu.

lagi pun, baby yang menyusu dengan puting tiruan akan cepat merasa kenyang dan dapat menyusu dengan cepat. Baby seolah olah "kurang berusaha keras" untuk mendapatkan susu ibu.

jadi, ibu boleh cuba memberi susu kepada baby dengan sudu atau syringe untuk persediaan bekerja semula selepas cuti panjang.

6. KERAP TIDUR BERSAMA BABY.

Ibu akan berasa kurang letih dan mudah untuk menyusukan baby ketika tidur malam. Sekali gus dapat memastikan baby sentiasa berada dalam kedaan selamat.

7. PERHATIKAN CORAK PENYUSUAN BABY.

Tidak ada tempoh yang tetap untuk menyusukan baby. Ibu digalakkan menyusukan baby apabila baby lapar bukan mengikut jam. Ada masanya baby akan jadi kerap lapar, jadi ibu perlu menyusukan baby walaupun waktu untuk menyusukan belum tiba.

Perut baby ni kecil je. Jadi tak boleh nak menyusu banyak dalam satu masa. Maka itu, baby akan kerap menyusu. Jangan risau, itu adalah perkara biasa. Bukan kerana baby tak cukup susu, maka diberi susu formula untuk topup , nestum atau pisang lenyek.

ibu perlu tahu size perut newborn baby hanya sebesar guli.

8. BANYAKKAN MINUM AIR

Ibu menyusu perlu minum air sekurang kurangnya 3 liter sehari. Hampir separuh keperluan air dalam badan ibu disalurkan kepada baby. Jadi penghasilan susu ibu akan merundum sekiranya ibu kurang minum air.

So ibu, selamat minum air yang banyak ye.

9. MENGAMALKAN TEKNIK POWER PUMPING

Teknik ini menuntut kesabaran yang tinggi. Sebaiknya teknik ini dibuat pada waktu tengah malam kerana pada waktu ini penghasilan hormon prolaktin (merangsang penghasilan susu) adalah sangat tinggi.

Caranya adalah dengan menggunakan pam susu, ibu mengepam payudara sebelah kanan selama 10 minit, kemudian disusuli dengan payudara kiri 10 minit. teknik ini dilakukan berterusan selama 1 jam.

10. TEKNIK TANDEM PUMPING

Teknik ini boleh dilakukan kepada ibu ibu yang telah mahir menyusukan baby dan mengepam serentak.

Contohnya baby menyusu di payudara sebelah kiri, manakala ibu mengepam susu di payudara sebelah kanan.

Kerana ketika ini, let down reflect (LDR) berlaku secara serentak di kedua dua belah payudara. sayang sekiranya ketaika LDR ini, susu yang di payudara sebelah lagi dibiarkan begitu sahaja. Pembaziran namanya tu.

11. MINUM AIR MATA KUCING

Ibu menyusu boleh cuba utuk merebus sendiri buah mata kucing kering yang boleh di dapati di kedai ubat.

Caranya dengan memasukkan segenggam buah mata kucing kering dan beberapa biji gula batu ke dalam periuk yang berisi air. Rebus sehingga kembang. Sejukkan dan boleh disimpan dalam peti sejuk untuk diminum di masa lapang.

Rasanya sangat sedap. Try la.

12. MINUMAN BIJIRIN

Minuman bijirin seperti nestum , horlicks dan oat suam atau panas boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Amalkan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Iu akan merasakan payudara penuh 1 hingga 2 jam selepas minum . InshaaAllah

13. MINUMAN SUSU BADAM

Satu lagi cara untuk meningkat susu ibu adalah dengan minum susu badam.

Cara untuk buat susu badam adalah dengan mengisar susu segar (kambing), badam dan kurma sehingga hancur.

Rasanya lemak manis akan membuatkan ibu ibu teruja menikmatinya.
.
.
.

Selamat meneruskan penyusuan susu ibu.
.
.
sila LIKE dan SHARE supaya lebih ramai ibu ibu akan terus menyusukan baby mereka sekurang kurang selama 2 tahun. InshaaAllah.